Fuhh...intro, nmpk bersemangat sekali yer kawan-kawan..huhuhuuuu..Bukan apa dengan title je dh menunjukkan kesemangatan jadi intro pun ape salahnya terlebey-lebeyh sikit kan..kan..kan??? =D.. Dalam keasyikan aku melayari arus media tetiba terbaca pasal teater hot yg bakal ditayangkan kat Istana Budaya sekarang nih. Terasa macam best pulakkan. Saje nak berkongsi pasal teater. Bukan apa, naluri aku ni sikit sebanyak berminat jugak dengan teater and aku juga merupakan salah seorang ahli kelab teater kat kolej aku. Dengan berbekalkan minat dan juga dorongan senior-senior aku pun bergiat aktif dengan teater kolej.
*Korang pernah tak tengok teater secara life? Kalau belum aku syorkan lepas ni kalo ade tayangan teater sama ada kat kolej, akademi, maupun istana budaya pergilah tengok. even x suka bak kata pepatah moden remaja sekarang ni 'cuba, try tengok' mesti korg rasa tersentuh n terasa nk tengok lagi. Entri kali bukan sebab nak bercerita pasal keseronokan berteater tapi aku nk berkongsi pasal teater "Natrah" yang bakal ditayangka 30 November nanti.
*Cerita ni berkisarkan tentang rentetan kehidupan seorang wanita yang berjiwa kental yang bernama Nadra Maarof. Nadra ni berketurunan Belanda dan dibesarkan oleh seorang wanita bernama Che Aminah. Konflik dan pergelutan berlaku ketika perebutan hak penjagaan antara Che Aminah ni dengan si ibu bapa si Nadra. Akibat dibesarkan oleh wanita melayu tak lama selepas tu Nadra pun jatuh cinta dengan seorang lelaki melayu yang kacak lagi hensem dan macho yang bernama Mansoor Adabi (see..nama pun dah kira macm ensem kan.?hua3).
*Konflik yang berlaku ni menyebabkan berlakunya pergelutan dan rusuhan yang tercetus di sebuah negara jiran kita iaitu Singapura. Secara konklusinya Teater Natrah yang sering menjadi tanda tanya kepada kita ni sebenarnya berkisarkan tentang perjuangan terhadap agama dan jugak isu penjagaan yang diperjuangkan secara habis-habisan oleh seorang wirawati yang bernama Natrah ini. Dengan perjuangan yang di kentalkan selama ni maka terlahirlah sebuah teater yang bertajuk "Natrah".
*Banyak juga cubaan dan dugaan yang terpaksa si Puan Pengarah a.k.a Erma Fatima untuk menerbitkan teater ni. Beliau terpaksa menerima pelbagai cemuhan dan jugak kritikan yang x kurang juga dikritik oleh Pakar Sejarah di sebuah IPTA sebuah negara. Apa-apa pun, pengarah kan, dia tau lah apa yang nak diarahkan. Kalau ada apa-apa jua teguran silalah advice secara baik. Tak perlu lah huha huha seluruh negara yang boleh menjatuhkan air muka orang lain. Moral valuenya di sini, setiap profesion ada kelebihannya tersendiri. Mereka tahu apa yang mereka lakukan. Jadi, yang baik sama- samalah di jadikan tauladan dan yang buruk dijadikan sebagai sempadan..orait..?
*P/s: Teringin nak tengok Teater ni...Jom nak? =D
Afridafyda: Jom book tiket kat sini : http://www.ticket2u.biz/


No comments:
Post a Comment