Saturday, November 20, 2010

Antara blog dengan diari?

Salam Sejahtera dan Salam Perkenalan...

*Aku suka membaca.Selain membaca novel, majalah, tidak terkecuali buku ilmiah, blog merupakan salah satu medium untuk aku menghabiskan masa dan mencari idea. Sebelum ni, aku terbaca pelbagai entri dalam blog yang kebanyakkannya menarik hati dan membuka minda dan pemikiran aku. Dan ada kalanya aku terbaca blog yang x kalah hebatnya menceritakan setiap jam + minit + saat tentang apa yang sedang mereka lakukan. 

*Dan tajuk entri aku kali ni nak berkongsi serba sikit pasal "persamaan antara blog dengan diari". Pada aku, menulis blog ni adalah satu seni. Merupakan satu catatan untuk rujukan pada masa hadapan.( chewaah! ayat aku!) macam sebuah majalah yang berkongsi pasal info dan sebuah novel yang menceritakan sebuah perjalanan kehidupan. Menulis merupakan sesuatu yang abstrak. Yang lahir dari hati. Perbezaanya penulisan kita dikongsi sebagai tatapan umum dan sebagai satu perkongsian idea.

*Menulis diary pulak bagi aku ianya lebih bersifat personal dan ringkas. Dan sudah tentunya diary ni digunakan oleh mak ayah kita sebelum ni. (sebelum adanya media baru ni.) Dalam diary tak ada la pulak nak bercerita pasal sosial, ekonomi n politik dalam sebuah buku yg kecik cenonet tu kan.dan bagi sesetengah orang mungkin masih lagi keliru sama ada menulis untuk dijadikan sebuah diary ataupun menulis blog semata-mata untuk jadikan bahan bacaan orang lain.

*Walau apa pun, setiap orang ada pendapat dan matlamat masing- masing tentang ni kan.Cuma bagi pendapat aku menulis blog biarlah kita dapat berkongsi sesuatu yang bermanfaat, tentang persepsi kita sendiri, info- info berkualiti dan jugak artikel- artikel yang boleh membuka minda sesama kita ni. Bak kata pepatah, rambut sama hitam, tp hati lain-lain. Apa pun sekali yang korang buat semestinya ada hala tuju dan kepuasan yang tersendiri. Betul?

*Jadi, teruskan lah usaha korang tu. Selagi ianya x melanggar hak asasi manusia yang dinyatakan dalam Perlembagaan Malaysia ianya ok. Teruskan berblog! Yeaaaah!
Boleh teka tajuk buku yang aku baca?

No comments:

Post a Comment